Sertai Kami

Mengenai Kami

18

Tahun Pengalaman

Mengenai Kami

DVET Holding Sdn. Bhd.

Anak Syarikat Yayasan Veteran ATM

DVET Holding Sdn. Bhd. adalah sebuah anak syarikat milik penuh Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia yang telah ditubuhkan pada 22 Ogos 2005. Bergiat dalam bidang rawatan hemodialisis sebagai fokus utama perniagaan bagi mendapatkan dana kepada Yayasan Veteran ATM. Dana yang diperolehi akan digunakan untuk tujuan kebajikan Veteran ATM dan tanggungannya.


Buat masa ini, DVET Holding Sdn. Bhd. mempunyai 4 buah cawangan pusat dialisis yang mana 62% pesakit adalah terdiri daripada Veteran ATM dan juga pesara kerajaan. Selebihnya adalah pesakit dibawah tanggungan PERKESO, Zakat dan individu.


Untuk terus kekal bersaing dalam bidang perubatan, DVET Holding Sdn. Bhd. telah mengambil langkah untuk memberi perkhidmatan pembekalan peralatan perubatan pesakit dan juga ubat-ubatan dan farmaseutikal kepada individu dan juga hospital kerajaan dan swasta.

TUJUAN

Menyediakan perkhidmatan rawatan hemodialisis dan perubatan kepada Veteran ATM dan orang perseorangan dengan efisyen.

VISI

Mensejahterakan kualiti hidup Veteran ATM dan orang perseorangan.

MISI

Menyediakan perkhidmatan yang terbaik memuaskan hati pelanggan.

Objektif

Objektif Utama Penubuhan

Memberi kemudahan kepada anggota tentera yang masih dalam perkhidmatan, Veteran ATM dan keluarga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang untuk mendapatkan rawatan dialisis dengan perkhidmatan yang lebih selesa. Perkhidmatan yang diberikan tidak berasaskan keuntungan tetapi lebih mengutamakan perkhidmatan kebajikan.


Disamping itu, DVET Holding Sdn. Bhd. juga menerima pesakit daripada agensi-agensi kerajaan dan juga orang awam. Buat masa ini, DVET Holding Sdn. Bhd. telah berdaftar sebagai panel kesihatan kepada persendirian, swasta, agensi-agensi kerajaan dan badan-badan berkanun